Thursday, October 28, 2010

cinta rahsia

datang bertandang
tanpa dipinta
berbunga hati riang
tak tersangka
cerita tentang hati
bersinar riang
bak bintang di langit malam


malangnya tinggi
utk aku gapai mungkin?
merenung disebalik topeng senyum
seindah rasa yang menjelma ini
cinta ini cinta rahsia


syhhh...
biarkan mekar sendiri ..

Wednesday, July 14, 2010

mengerah kudrat

ada kaki melangkah di bawah terik mentari
ada kaki berlari di bawah tangisan langit
melilau mencari sesuap nasi
bergerak ke arah sumber rezeki
berharap pulang dengan senyuman
agar jiwa jiwa yang menanti itu bahagia
agar tiada lagi tangisan kekosongan ..

Monday, May 24, 2010

bunga hati

kelu bila kau ada kalut bila kau tiada
senyum bila mengingati ianya terjadi
malu mata bertentang mata
sepi bila kau tak bersuara walau sekejap cuma
tercari -cari bila kau menghilang tanpa khabarnya


hati, benar rasa ini hati
ada bunga sedang mekar
tanpa aku sedari dulu ...

Tuesday, May 18, 2010

lenyap

bila mana kaki terbenam di pasir
merasakan diri ini terbenam sekali
bilamana aku lakarkan semua di pasir
ombak datang menghanyutkan segalanya

untuk seketika ..
separuh aku hanyut bersama ombak
menghilang perlahan disebalik kasarnya pasir pantai
mengikis tanpa sedar kepedihan dalam hati
ke destinasi yang tak siapa ketahui 


 

Saturday, May 8, 2010

perasaan itu

bila aku tercari-cari
ianya hilang tanpa khabar
bila aku membiarkan saja
ianya datang tanpa undangan
bila ianya tiba
keliru pada hati
terlalu lama ianya pergi
baru kini mahu kembali
benar atau tidak
hanya masa punya jawapannya ..

Friday, January 29, 2010

ilusi

pandang ke langit malam
lihat di sana bersinar terang
indah sungguh wajah di angkasaraya
renung pada yang satu itu
muncul wajah yang kian jauh
bagai teralun suara yang dirindui
ilusi hati memang menggetarkan ..
perlahan aku biarkan
perlahan aku tepis

ilusi tetap ilusi ..