Wednesday, March 11, 2009

Di sebalik

di sebalik senyum
ada tangisan tersorok

di sebalik girang
ada duka tersimpan

di sebalik raut gembira
ada wajah kesedihan terselindung

di sebalik setiap kamu
ada cerita tertutup rapat

di sebalik setiap reaksi kamu
ada hipokrasi yang terdiam

di sebalik setiap kehidupan
ada kisah yang menjadi sejarah

di sebalik tulisan 
ada noktah sebuah kisah

2 comments:

a p i t i k u s t i k a said...

di sebalik ombak menghempas,
adanya kapal berlalu pergi.

setiap benda ada pro dan kontra.

hati said...

disebalik segalanya
ada ceritanya

ya benar