Tuesday, December 29, 2009

mimpi

kalau hidup ini hebat macam mimpi
pasti ramai yang lena tak terjaga
kalau hidup ini aturannya terbayang dalam mimpi
pasti ramai yang mahu beradu panjang
kalau hidup ini semudah mimpi
pasti ramai tahu menjadi pintar

realitinya
hidup bukan mimpi
mimpi itu ilusi optik tidur
omongannya buat kau leka

jangan kau mimpilah hidup ini indah macam mimpi !

Monday, December 7, 2009

pengertian

menjadi sebaik bidadari
kau pijak aku secukupnya
menjadi sekejam syaitan
kau salahkan aku secukupnya
apa lagi mampu aku katakan?
diam kelu saja akhirnya.

hey,
pernah tanya jiwamu?
pernah fahami situasimu?
pernah selami akalmu?

kalaulah kau mengerti..

Saturday, November 14, 2009

kunci hati

ku kuis pasir pantai
tiada
ku selak timbunan sampah
tiada
ku selongkar longgokan baju
tiada
mana lagi?
mana lagi tersimpan
mana lagi tersorok

kunci hati yang aku lempar dulu

Tuesday, November 3, 2009

lafaz

bibir aku kelu
badan aku kaku
hati aku takpunya rasa apa
jantung aku normal degupannya
bila kau lafazkan cinta

mungkin, tiada rasa pada lafaz itu?

Tuesday, October 27, 2009

sana sini

disepak kesana aku rebah
ditolak kesini aku lemah
dibuang kehujung sana aku pasrah

sana sini aku enggan
tinggal la aku dalam buangan

Tuesday, October 6, 2009

nyanyian

jangan nyanyi pada laut
kerana ombak akan hanyutkan lagu itu
jangan nyanyi pada langit
kerana hujan akan lenyapkan lagu itu
jangan nyanyi pada dinding
kerana dinding akan tembus terus lagu itu
nyanyi pada Yang Esa
kerana lagu itu akan sampai pada-Nya
kerana itu lebih afdal
menyanyikan segala yang kau mahu nyanyikan
pada Yang Maha Esa.

Friday, October 2, 2009

gagak hitam

dia
bukan merak kayangan
bukan jua si pipit
apatah lagi merpati putih

dia
si gagak hitam
yang hampir hilang sayapnya

tak layak berterbangan
dengan merak kayangan
mahupun si merpati putih

Wednesday, September 30, 2009

cuma dua benda

takperlu ada sinaran bulan
takperlu ada terik mentari
cukup dengan kerlipan bintang di angkasa
yang pastikan hidup bercahaya
yang menemani setiap langkahku
takperlu ada pelangi petang
yang biasnya berlalu tanpa kata
cukup ada carik kertas dan pena
yang mana bisa aku tari kan tentang hidup
cukup ada perakam memori
yang mana bisa aku rakam saat hidup

Friday, August 21, 2009

pakai buang

bila kau mahu kau gunakan
bila kau takmahu kau buangkan
tanpa sebab
tanpa kata
seolah yang satu itu
macam benda pakai buang
boleh ditendang ke sana sini
sebelum tersadai di dalam sampahan

hey, keji sungguh.

Saturday, August 8, 2009

kosong

kau jalan
kau pusing
kau lompat
kau menjerit
kau menangis
kau ketawa

tapi masih kosong ?
tanya sama jiwa, apa yang kurang

Wednesday, August 5, 2009

hidup

Hidup tak selalu indah
Bahagia tak selalu menjelma
Langit tak selalu ceria
Seperti yang kau impikan
Hujan pasti menyembah bumi
Kesakitan pasti menjelma
Pada saat tak kau duga
Cahaya kan tetap menyerlahkan sinarnya
Di pengakhiran setiap penderitaan

shah alam, 2007

Tuesday, July 7, 2009

kuman

kuman tempatnya
di cebisan sampah
di tepian jalan
di longgokkan sarap
bukannya
di barisan barang hiasan
mahupun
di celahan barang berharga

hakikatnya aku hanyalah cebisan kuman
dalam hidup mereka mereka

Wednesday, June 17, 2009

si pejalan kaki

kemas langkah di atur
tanpa arah yang pasti
lalu terdiam si pejalan kaki di tepian
mengharapkan ada yang sudi
membimbing langkahan yang sumbang
menunjukkan arah yang benar
agar tidak lagi si pejalan kaki sesat di jalanan
seperti yang lain

Thursday, May 28, 2009

perlahan

perlahan aku lepaskan genggaman erat kamu
perlahan aku lemparkan senyuman untuk kamu
perlahan aku berlalu pergi dari kamu
perlahan-lahan segalanya hilang 

angin turut bertiup kencang
meraikan pemergian aku
mungkin?

Friday, May 8, 2009

tentang sesuatu


tak terungkap dengan kata
tak terluah dengan pandangan
cukup hanya dengan senyuman
dibias dengan tingkah
yang hanya kita saja mengerti
yang hanya kita saja fahami
melodi yang terhasil



Wednesday, April 22, 2009

dan ku biarkan

dan ku biarkan ..
dan ku biarkan diri dibasahi hujan ..
dan ku biarkan diri ditiupi angin malam ..

dan ku biarkan diri ini ..
dalam khayalan ..
yang bisa membuat ku tersenyum seperti dulu..
bila mimpi, hanya mimpi ..
air mata sentiasa menemani ..

dalam senyum aku terseksa ..
sumpah aku takbisa 
jauh dari kamu begini ..

dan ku biarkan diri ini ..
tersudut dalam gelap ..

nov 2008

Friday, April 17, 2009

the star in the sky

there is the star
up above in the sky
so bright & clear
and makes me smile while watching it

i dont want to catch the star in the sky
i just want to watch it over
every night untill i fall asleep
because it doesnt belong to me


Tuesday, April 14, 2009

pilihan

kalau kau ada pilihan
kiri atau kanan
mana satu kau mahu?

kiri
penuh cinta yg kau mahu
ada impian yg kau cari
tapi ada duka & bahagia
yang kadangkala buat kau mencarut

atau 

kanan
ada mereka-mereka yang kau sayangi
ada hidup yang kau impikan
tapi tiada cinta
yang kadangkala buat kau serabut

atau

kau pilih untuk terus ke depan
sendirian dalam hidup berliku
tanpa cinta
tanpa sahabat
cuma engkau & impian yang kau kejar
tiada luka mahupun bahagia
hanya ketenangan seperti yang pernah kau harap
takperlu menjaga hati sesiapa

kalau aku mahu 3 dalam 1?

Monday, April 13, 2009

rantai

tangan digari
kaki dirantai
enggan lepaskan
terkesima jua

hey hey, mahu apa?
sebegini rupa layanan?

terpaksa! terpaksa !
maaf saja boleh diluah 

hey hey, lepaskan?
buka ! buka ! buka !

maaf maaf maaf
ini yang terbaik.

Sunday, April 12, 2009

terbang tinggi

pernah tersekat di satu dahan
pernah selesa di satu kurungan
tapi akhirnya
pilih untuk terus berterbangan

aku lepaskan dari genggaman
aku biarkan kau bebas

terbanglah
terbanglah tinggi di angkasa
jangan sekali engkau kembali
kerana aku sudah melepaskan

Friday, April 10, 2009

monolog jiwa

kacau..
tiba-tiba menjadi sasau
kabut..
segala langkah ku serabut
jiwa..
tiba-tiba menjadi mental
jantung..
semakin berdetak sepantas kilat

mahu saja aku jerit
mahu saja aku pekik
yang aku risau akan kamu
yang aku fikir akan kamu

semakin aku bertarung dengan jiwa
semakin aku serabut dengan kata
semakin aku hilang dalam kelam

Tuesday, March 31, 2009

biarkan lelayang itu pergi

tiba masanya 
kau lepaskan tali rafia itu
jangan didera lelayang itu
ia mahu jauh
ia mahu bebas
tiada guna terus berkeras
biarkan ia pergi
terbang tinggi di angkasa

sudah tiba masanya
ayuh, lepaskan perlahan-lahan

biarkan lelayang itu pergi
ke angkasa ..

Friday, March 20, 2009

Peperangan hidup

semakin lama dirasakan
bintang semakin jauh untuk digapainya
cahaya semakin suram dari hidupnya
warna pelangi kian kabur di depannya

apakah nanti masih ada sinar?

semakin lama dirasakan
lemah tak berdaya jasadnya
cetek pemikirananya
hilang daya bersaing darinya

apakah nanti masih ada kudrat untuk dia bertempur?

atau dia sudah tewas untuk selamanya?

Sunday, March 15, 2009

kayangan

di situ ..
hanya ada senyuman..
hanya ada kegembiraan..
hanya ada gelak tawa..
hanya ada si dia yang menyayangi..
hanya ada kenangan indah yang mengamit hati..

tahu engkau di mana ia ?
tahu engkau apakah ia?

di kayangan alam mimpi..
yang hanya mimpi yang tak bisa menjadi realiti..

kerana hidup ini tak seindah kayangan ilusi..

Friday, March 13, 2009

waktu

apa saja yang kau lakukan
dengan sengaja atau tidak

apa saja yang terjadi
dengan keinginan kau atau tidak

apa saja yang kau berikan
dengan rela atau tidak

waktu tetap berdetik
mara ke depan
bukan undur ke belakang

mahu atau tidak
terima atau tidak
rela atau tidak

waktu takkan berhenti
hanya untuk penuhi apa yang kau pinta

 

bintang di langit

bintang di langit
tinggi untuk aku capai ..
tak terkira untuk aku bilang ..
tak ternilai untuk aku miliki ..

kalau kau lihat bintang di langit
wajah yang kau sayangi pasti ada
lalu jadilah insan itu harta tak ternilai
yang mampu kau miliki
cukup satu, takperlu berjuta ..

Thursday, March 12, 2009

hey cinta

hey cinta
ada apa dengan engkau

aku ada semuanya
rasa duka
rasa bahagia
rasa kasih
rasa rindu
rasa cemburu
rasa marah
rasa geram
lengkap semuanya

hey cinta
apakah engkau rumit?

engkau yang merumitkan 
engkau yang membelitkan 
bukan rasa ini
tapi hati kalian sendiri
tapi nawaitu kalian sendiri

hey cinta
apakah benar wujud cinta sejati?

cinta sejati itu wujud
dalam hati setiap insan
tepuk dada tanya sama hati
apakah engkau ikhlas mencintai
nyah saja kalau sekadar bergurau
kerana cinta bukan satu permainan 

Wednesday, March 11, 2009

Di sebalik

di sebalik senyum
ada tangisan tersorok

di sebalik girang
ada duka tersimpan

di sebalik raut gembira
ada wajah kesedihan terselindung

di sebalik setiap kamu
ada cerita tertutup rapat

di sebalik setiap reaksi kamu
ada hipokrasi yang terdiam

di sebalik setiap kehidupan
ada kisah yang menjadi sejarah

di sebalik tulisan 
ada noktah sebuah kisah

Monday, March 9, 2009

Di pantai ini

di pantai ini
aku sendirian ..
mengamit rindu yang takpenah mati

di pantai ini
pernah terlukis satu kisah
yang telah berakhir pilu

di pantai ini
rembulan memancar
bintang bersinar
namun ada hati
yang menangis duka

di pantai ini
aku sampaikan
rindu ku pada ombak yang menderu

di pantai ini
aku terdiam sepi

Friday, March 6, 2009

Yang aku mahu

aku mahu melangkah
tapi kaki aku tak berdaya

aku mahu berlari
tapi kekuatan aku tiada

aku mahu ketawa
tapi mulut enggan melakukan

aku mahu menangis
tapi airmata malu mengalir

aku mahu bahagia
tapi Kau telah tarik rasa itu

lalu mahu apa lagi ?

Thursday, March 5, 2009

Sesuatu itu

sentuh tapi tak boleh dirasa
nampak tapi tak boleh disentuh
rasa tapi tak boleh dimiliki

lalu akhirnya ia berlalu pergi..

Wednesday, March 4, 2009

Hujan

matahari bersembunyi di balik awan
cerah menjadi gelap

lalu
air dari langit mencurah-curah
seolah memahami kesayuan hati

apa lagi boleh mampu diungkap
hanya Dia saja yang tahu

Friday, February 20, 2009

H a t i

Hati bukan logam
yang bisa kau hempas berkali

Hati bukan kayu
yang bisa kau hentak berkali

Hati bagaikan kaca
yang akan pecah bila kau lepaskan sekali

Hati bagaikan kristal
yang perlukan belaian seeloknya

Jangan jadi pencuri hati
bilamana kau tak mampu menjaga sebaiknya